Depha Masterpiece
Depha Masterpiece

Depha Masterpiece

Aldrine Phillie atau lebih dikenali sebagai Depha Masterpiece (lahir 18 Ogos 1980) ialah seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah, dan penerbit rakaman Malaysia kelahiran Sarawak. Beliau terkenal sebagai vokalis utama dan pencipta lagu kumpulan muzik hard rock Borneo, Masterpiece.Dibesarkan di Sabah, Depha berpindah ke Sarawak pada awal 1990-an, di mana beliau bergiat aktif dalam arena muzik hard rock tempatan dan menyertai beberapa kumpulan, termasuk Silent Killer dan Black Monkey. Pada tahun 2005, beliau menyertai Masterpiece, bersama kumpulan ini, beliau meraih kejayaan dan pengiktirafan pada dekad 2000-an. Album pertama mereka, Merindang Ke Bintang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk album sulung terbaik dihasilkan 2009–2010 di Anugerah Muzik Dayak 2010 di Sarawak.[1] Album kedua Rock & Roll (2013), juga menjadi kejayaan meluas; masing-masing menduduki di No. 1 di Stesen Radio tempatan untuk beberapa bulan.[2][3] Beliau sejak dari itu telah merakamkan dua lagi album studio bersama kumpulan ini; Ngap Sayot pada 2014 dan diikuti oleh Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai pada 2016.Depha telah bekerja sebagai komposer dan penulis lagu untuk artis lain, termasuk Hailey Robson, Melissa Francis dan Watt Rock. Beliau merupakan salah seorang vokalis rock yang paling berpengaruh di Negeri Bumi Kenyalang.[4]

Rujukan

WikiPedia: Depha Masterpiece http://www.ibanband.blogspot.com/2012/07/masterpie... http://ruailaguibankitai.blogspot.com/2014/03/mast... http://www.joota.com/jootaverse/cards/30145 http://www.newsarawaktribune.com/news/60390/Karen-... http://www.parenbonjour.com/2011/06/ngemujur-lagu-... http://www.reverbnation.com/masterpiecerocksibu http://www.seruranpemerindang.com/2013/07/single-n... http://www.seruranpemerindang.com/2013/12/music-ib... http://www.seruranpemerindang.com/2015/01/masterpi... http://www.seruranpemerindang.com/2016/02/album-ma...